Sunday, July 21, 2013

PRK Kuala Besut: Keluarga Calon PAS Tidak Senang Dengan Pendirian Politik Calon?

Kenapa keluarga calon PAS tidak setuju pendirian politik calon yang cenderung kepada PAS?  Ikutilah kupasan badut rakyat ini… KANTOI !! #PRKKUALABESUT !!! PENDUDUK KUALA BESUT DAN KELUARGA SENDIRI MEMBELASAH CALON PAS !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!! Di dalam tempoh berkempen ini,sudah pasti pelbagai pendekatan akan diguna pakai sebagai satu usaha untuk menarik minat dan simpati para pengundi.Ada yang mengunakan pendekatan konvesional seperti kebiasaanya malah tidak ketinggalan ada yang mengunakan pendekatan ‘reverse psychology’ bagi mengelaburi pandangan rakyat.Terbaru calon Pas bagi pilihanraya kecil Kuala Besut Azlan...

Tuesday, July 16, 2013

AKIBAT HINA ISLAM TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG

Ikutilah cerita yang pelik di bawah ini yang dilaporkan oleh Terengganutoday.com Remaja Hina Islam Dibogel, ‘Spender’ Dilarikan Toyota Alphard Penjaga cybercafe, Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, oleh lapan lelaki dipercayai berbangsa Melayu dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Alphard. Sumber yang diterima TerengganuToday memberitahu, semasa kejadian, remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya sekitar pukul tiga pagi. Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak dilarikan dan diapa-apakan. Barang berharga milik lelaki itu seperti beg duit, telefon...

Monday, July 15, 2013

PRK KUALA BESUT: [Gambar] Calon BN Disenangi Rakyat

Kalau dilihat ore muda ini memang rapat apabila bergambar.  Bukan disengajakan tetapi beliau memang jelas berjiwa rakyat dan boleh buat kerja tanpa perlu mewakilkan kepada orang lain. ...

Saturday, July 13, 2013

PRK Kuala Besut: Calon PAS DIRAGUI KESETIAANNYA

Menurut theunspinners, calon PAS PRK Kuala Besut disuruh mengangkat sumpah ba’aih dikhalayak ramai?  Sila rujuk di sini Sebelum ini kita tidak memahami kenapa sumpah ini perlu dilakukan?  Rupa-rupanya calon PAS ini ada kes?  Menurut Idris Jusoh, Che Long nama glamer calon PAS PRK Kuala Besut pernah menjadi AJK UMNO tetapi telah dipecat. Che Long lebih cenderung kepada parti lain, begitulah ulasan Idris Jusoh kerana tidak mahu mencemar nama baik calon PAS di bulan puasa ini. Apabila telah dipecat parti, patutlah Che Long agak kecewa dan sanggup menaja apa juga kempen untuk menjatuhkan UMNO?  Mungkin ini kalilah dia sendiri...

Friday, July 12, 2013

PRK KUALA BESUT: [VIDEO] CALON PAS CHE LONG

Apabila calon pangkat 3 SPM dinaikkan menjadi calon PAS PRK Kuala Besut, inilah gelagat apabila ditemuramah?  Pasti anda tidak kering gusi apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut beliau…. Video:Azam Calon Pas Sekiranya Beliau Menang Di Kuala Besut Belum menang lagi dia dah pasang niat apa yang dia nak lakukan sekiranya dia menang. Dia nak serah kepada orang lain untuk jalankan tugas wakil rakyatnya. Dia sibuk dengan urusan perniagaannya.   img alt="" galleryimg="no" onload="var downlevelDiv = document.getElementById('b0805822-5fbe-4409-8d36-e1ef1ba03d14'); downlevelDiv.innerHTML = "";" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8Zk2sgJqd0QoLB4yWqblyAzAXbhCs3bYtcMmRqJyKL3yFtO3py3oOprhv4VRG-qzdeneFypFlCgtANEVy6_IxVvGgRhDlRGY5eCfjyybK_-8fSCKhZW4RSzN0Brn0q_nQZYdfF2Fttfxu/?imgmax=800"...

Wednesday, July 10, 2013

PAS Pilih Taukeh Kaya Sebagai Calon PRK Kuala Besut?

Sebelum ini terdapat ura-ura yang menyatakan Ustaz Azhar akan diturunkan di PRK Kuala Besut?  Apabila keputusan diumumkan semalam, nama Che Long pula mengatasi nama Ustaz Azhar untuk mewakili PAS.  Adakah ini bermakna PAS telah mengiktiraf bahawa Che Long lebih kaya daripada Ustaz Azhar dan mampu menanggung semua perbelanjaan di PRK Kuala Besut kelak? Menurut Haramkah “Ini adalah pertama kali beliau menjadi calon PAS walaupun selama ini beliau adalah penyumbang kewangan utama untuk PAS.” Adakah ini bermakna hanya Che Long sahaja yang akan mengeluarkan dana untuk berkempen?  Patutlah Nik Zawawi mahupun Napisah tidak mampu bertanding...

Tuesday, June 25, 2013

Kota Samarahan Jadi Bandar Ilmu

Kota Samarahan akan menjadi sebuah bandar ilmu dengan adanya usaha daripada pihak kerajaan dan kerjasama bersama universiti tempatan seperti UNIMAS.  Baru-baru ini Pusat Jalinan Masyarakat telah ditubuhkan sejajar dengan usaha UNIMAS untuk membantu jalinan masyarakat melalui program yang ditawarkan di UNIMAS.  Ini dapat menggalakkan lebih ramai lagi pelajar tempatan untuk menimba ilmu pengetahuan yang ditawarkan di UNIMAS.  Semoga Kota Samarahan akan terus berkembang sebagai Bandar Ilmu kerana belajar itu adalah untuk seumur hidup tidak mengira umur. UNIMAS tubuh Pusat Jalinan Masyarakat Posted on June 25, 2013, Tuesday...

Thursday, June 20, 2013

Hulurkan bantuan buat Saudara Kita di Kampung Datu dan Mangsa Kebakaran Sibu.

Mesyuarat Koordinasi Bencana Kampung Datu Timeline YB Datuk Fatimah Disini bermula perjuangan kemerdekaan kita suatu masa dahulu Ayuh saudara-saudaraku: Mereka di Sibu tinggal sehelai sepinggang. Mereka di pusat penempatan memerlukan: Pakaian Lampin Tuala Tuala Wanita Tilam Selimut Bantal Air Mineral Sabun Ubat Gigi Sejadah Kita bantu apa yang termampu:: TABUNG BENCANA NANGKA Bank: CIMB Bank No. Akaun : 1107-0001376-20-5. Buat warga Kuching… Info : saya dah dpt koordinat dgn Pihak ABM Kuching. Bagi sesiapa warga Kuching...

Wednesday, June 12, 2013

Nurul Izzah Ditimpa Bala?

Menurut petisyen yang telah difailkan, kes yang paling berat adalah ke atas Nurul Izzah yang membangkitkan isu fitnah dan perkauman., manakala Tian Chua pula tidak layak kerana dakwaan kes jenayah himpunan awam? Apa reaksi Bang Non pula? PANASS!! Bala Bakal Menimpa Nurul Izzah!! 12.6.13  McTheory Nampak gaya Nurul Izzah bakal kehilangan kerusi parlimennya. Kes salah laku melibatkan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar merupakan antara isu 'heavyweight' yang difailkan di dalam petisyen Barisan Nasional (BN), demikian menurut Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun. Di Parlimen Batu melibatkan...

Saturday, May 25, 2013

Ketua Ranting PBB Digesa Berundur….

Lebih ramai lagi muka baharu yang berani memikul tanggungjawab untuk membawa PBB demi memperjuangkan nasib rakyat.  Bagi Ketua Ranting yang tidak berdaya untuk bersaing dalam era digital mreka digesa untuk memberi laluan kepada ahli PBB yang layak dan lebih komited untuk menerajui parti. PRN Sarawak akan dijangka lebih mantap lagi pada 2 tahun yang akan datang, kerana pihak pembangkang akan menggiatkan kempen mereka melalui laman sosial dan media baru.  Sedangkan PM sudah menyeru pemimpin BN untuk mengaktifkan diri mereka dalam laman sosial untuk mendekati golongan belia kerana mereka ini masih ramai yang berada di atas pagar dan...

Monday, May 13, 2013

Suami Berpolitik Isteri Beramal-kebajikan

Isteri kepada wakil rakyat turut mengambil peluang untuk mendidik dan membentuk generasi Malaysia yang cemerlang.  Ini disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan SABATI yang komited untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam SPM 2013 ini. Ini bagi menyediakan mereka untuk berdaya saing dengan sihat apabila melangkah kaki ke menara gading. SABATI komited melahirkan pelajar cemerlang Utusan Borneo 12 Mei 2013, Ahad ASAJAYA: Badan Amal Tenaga Isteri-isteri Sarawak (SABATI) terus komited dalam melahir dan membangunkan pelajar cemerlang di negeri ini apabila menganjurkan Kem Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Wednesday, May 8, 2013

[Blog] Pasca PRU13: Sarawak dan Sabah Patut Dapat Habuan...

Kali ini kita setuju dengan GAP.  Sememangnya lebih banyak usaha patut digiatkan di sebelah timur iaitu Sabah dan Sarawak.  Penduduk Sabah dan Sarawak tidak mudah terpedaya oleh tipu-muslihat pihak pembangkang.  Semoga  Sabah dan Sarawak kekal kubu kukuh BN! PASCA PRU 13 : PEMBERSIHAN KABINET DAN UMNO PERLU DILAKUKAN. RAHIM NOR MENTERI KDN BARU ? ada pelbagai proses dan peringkat akan dilakukan oleh blog ini dalam usaha kita untuk mewujudkan kerajaan MELAYU/BUMIPUTRA mutlak pada pru 2018 nanti.. pembersihan senarai kabinet yang tidak menguntungkan orang melayu.pembersihan dan teguran untuk pimpinan umno pusat dan selangor. 2...

Thursday, April 25, 2013

#PRU13 Kota Samarahan Kerusi Putih BN Sarawak #1Malaysia #SokongNajib #UndiBN #BetterNation

Calon BN di Kota Samarahan tidak akan menghadapi banyak masalah untuk mempertahankan kerusi tersebut. Beliau bukan sahaja anak jati Asajaya malah merupakan bekas Pegawai Daerah yang membuktikan beliau sedar dan prihatin akan masalah rakyat di Kota Samarahan.Semoga naluri kewanitaannya bakal meneraju Kota Samarahan lebih maju setaraf dengan kota lain di Sarawak. Rakyat harus sedar hanya politik pembangunan yang dapat membawa kemajuan dan bukan politik hotel atau politik kaki lima...Parlimen Kota Samarahan diyakini terus jadi kubu kuat BN22 April 2013, IsninKEKAL BERSATU: Karim (tengah) dan Rubiah merakam kenangan bersama peserta Kem Wanita Solehah...

Thursday, April 18, 2013

Lawak #PRU13 Nurul Izzah Kaki Skodeng? #TolakPR

Kah! Kah! Kah! Siapa punya kerja ni? Memang lawak!Nurul Izzah Skodeng Stoppa Spenderdikongsi oleh dukeofumno- Posted using BlogPress from my New i...

Wednesday, April 17, 2013

Senarai Calon BN Sarawak #PRU13

SENARAI PENUH CALON BN SARAWAK PRU13Berikut adalah nama calon-calon Parlimen Barisan Nasional Sarawak bagi PRU13!P.192 Mas Gading - Nogeh Anak Ngombek -SPDPP.193 Santubong - Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar -PBBP.194 Petra Jaya - Datuk Haji Fadillah Yusof -PBBP.195 Bandar Kuching - Tan Kai -SUPPP.196 Stampin - Datuk Yong Khoon Seng -SUPPP.197 Kota Samarahan - Rabiah bt Wang -PBBP.198 Mambong - Datuk Dr James Dawos Mamit -PBBP.199 Serian - Datuk Richard Riot Jaem -SUPPP.200 Batang Sadong - Nancy Binti Hj Shukri -PBBP.201 Batang Lupar - Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim -PBBP.202 Sri Aman -Masir Anak Kujat - PRSP.203 Lubok Antu - William...

Tuesday, April 16, 2013

Senarai Nama Calon BN Sarawak #PRU13 Umum Rabu!

Menurut Setiausaha Agung BN Sarawak, Dr Stephen Rundi, YAB Ketua Menteri Sarawak akan mengumumkan senarai nama calon BN Sarawak bagi PRU13 pada keesokan harinya setelah mengadakan mesyuarat pada hari Rabu iaitu 17 April 2013. Menurut Dr Stephen, kini terdapat 4 kerusi yang belum pasti calonnya iaitu milik PRS dan SPDP. PRS ditetapkan 6 kerusi manakala 4 kerusi buat SPDP. 14 kerusi diperuntukkan untuk PBB dan 6 kerusi pula buat SUPP. Malam ini bakal calon, penyandang belum tentu dapat tidur dengan lena sehingga nama mereka disahkan sebagai calon. Apa sahaja boleh berlaku daripada sekarang sehingga pengumumannya esok! Taib Umum Senarai Calon...

Thursday, April 11, 2013

Setahun Jagung

Berikut merupakan tindakan yang kurang bijak oleh seorang Mahasiswa yang boleh dikatakan baru setahun belajar dan kenal politik dah nak bertanding, meskipun atas nama Bebas,beliau juga mungkin umpan Parti Pembangkang untuk memecah undi di Pekan, berikut adalah berita yang kami petik dari berita harian online KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berusia 23 tahun dari Universiti Malaya akan mencabar Najib untuk kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Mohamed Bukhairy Sofian Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13), sebuah gabungan kumpulan pelajar, akan meletakkan Mohamed Bukhairy Sofian, pelajar dari bidang Sains Politik yang akan bertindak...

Tuesday, April 9, 2013

Program Sukarelawan Inspirasi Kenyalang 2013 Dilancarkan!

UNIMAS bukan sahaja menjadi pusat untuk menimba ilmu tetapi pusat untuk mendidik mahasiswa agar sentiasa menimbulkan rasa ingin berkhidmat dan berbakti kepada masyarakt yng kurang mampu di kawasan pedalaman khususnya.Baru-baru ini dilancarkan Program Sukarelawan Inspirasi Kenyalang 2013 untuk mengagihkan buku dan alatulis di kawasan pedalaman Sarawak.UNIMAS juga mengumumkan sebanyak 100 biasiswa peringkat Pra-U akan ditawarkan oleh Yayasan Sarawak bagi membantu pelajar dari pedalaman Sarawak.Semoga pelajar lepasan SPM tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk melanjutkan pelajaran di UNIMAS di Kota Samarahan.UNIMAS sedia 100 tempat Pra-U...

Mahasiswa Ghairah Berpolitik Bimbangkan Pensyarah?

Mahasiswa dinasihatkan agar tidak begitu ghairah untuk berpolitik.  Ini diingatkan oleh Fadzil Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Naib Chancelor Hal Ehwal Pelajar UNIMAS kepada mahasiswa beliau.   Sememangnya mereka patut sedar ini bukan masa untuk mereka berkempen tetapi setakat mengetahui mengenai serba sedikit hal ehwal politik tiada salah.  Janganlah mahasiswa cuba meruntuhkan perpaduan sesama mereka apabila mereka berpolitik di surau atau dalam kuliah!  Jadilah orang yang berterima kasih dan jangan jadi orang yang sentiasa tidak bersyukur atas pemberian Allah.  Keghairahan mahasiswa berpolitik membimbangkan9...

Pembangkang belum tetap agihan kerusi

Petaling Jaya: Isu pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang masih belum selesai walaupun beberapa siri perbincangan sudah dibuat dan sepatutnya dimuktamadkan petang semalam. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata masih ada kira-kira dua peratus soal pemilihan calon dan pembahagian kawasan belum dimuktamadkan. Ini membuktikan bahawa para pembangkang terlalu berhati – hati dan juga membuktikan bahawa mereka kurang yakin untuk menawan Putrajaya pada Pru13 akan datang. Selain itu juga PR sekarang ini masih membuat percaturan untuk meletakkan ahli mereka bagi mengelak pertembungan sesama para pembangkang, walhal hakikatnya...

Papa Gomo mahu tanding lawan Anwar

Kuala Lumpur: Penulis blog, Papa Gomo akan bertanding sebagai calon bebas menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Presiden Pertubuhan Media Nadi Rakyat Malaysia, Mohamad Rafi Awang Kechik, bagi pihak Papa Gomo mengambil borang penamaan calon di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan di sini semalam. Rafi berkata, penulis blog terbabit akan mendapat sokongan penuh lebih 7,000 penyokong badan bukan kerajaan (NGO) itu selain menyatakan sudah mempunyai penyokong dan pencadang menjelang proses penamaan calon nanti. Katanya, Papa Gomo akan tetap berdepan Anwar...

Maruah tak patut digadai

  Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak berkata maruah dan penghormatan adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit biarpun ada pihak memberikan pelbagai janji. Perdana Menteri berkata, walaupun seseorang itu kehilangan segala-galanya tetapi masyarakat akan tetap menghormatinya kerana wujud prinsip kesetiaan.  “Maruah dan penghormatan tidak boleh dibeli biarpun ada orang janji macam-macam, penghormatan manusia kepada kita tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, sebab itu dalam perjuangan kita mesti ada nilai prinsip, maruah diri mesti kita jaga.  P/s : Berita penuh boleh didapati daripada surat khabar berita...

Kedudukan PAS di Kelantan tidak sekebal mana

Perbincangan mengenai politik juga menarik sekiranya ditinjau dari perspektif sosiologi. Masyarakat Kelantan misalnya, merujuk kegiatan mengundi dalam sistem demokrasi diamalkan di negara kita sebagai ‘main politik’. Oleh itu, bagi orang Kelantan, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen 3 April lalu, ia ibarat paluan gendang yang menandakan musim ‘bermain politik’ sudah bermula. Ramai kalangan masyarakat Malaysia tersalah dalam memahami tabiat berpolitik orang Kelantan. Sebahagian mereka menganggap orang Kelantan sebagai masyarakat yang bersifat taksub melulu terhadap parti politik. Hakikatnya tidak...

Monday, April 8, 2013

BARISAN NASIONAL TINDAS NEGERI KERAJAAN PEMBANGKANG??

Kenyataan di bawah sudah pasti dapat menutup mulut pakatan pembangkang yang selama ini menuduh kerajaan BN berlaku zalim terhadap negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang. Pokoknya, propaganda pembangkang sudah tidak dapat diterima lagi oleh rakyat. Sebaliknya, kita mahukan gerak kerja yang sudah terbukti seperti yang diusahakan oleh BN seperti di bawah : Barisan Nasional (BN) membuktikan tohmahan pembangkang yang kononnya negeri ini diabaikan Kerajaan Persekutuan adalah salah apabila berterusan menyalurkan peruntukan besar. Terbaharu, sebanyak RM330.6 juta diluluskan bagi melaksanakan 16 projek permulaan bagi tahun ini...

Manifesto PR: Rakyat Malaysia dijanjikan pendapatan RM4,000 sebulan (STRATEGI HANCURKAN NEGARA)

SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang menggariskan empat teras utama antaranya akan memastikan pendapatan isu rumah rakyat Malaysia meningkat sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas satu penggal gagasan itu menawan Putrajaya. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Pakatan Rakyat juga akan memastikan sejuta peluang pekerjaan baru akan diwujudkan dengan memastikan lambakan pekerja asing di negara ini akan dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Malah gagasan itu yang konsisten dengan perjuangan menuntut gaji minima menjanjikan, Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2 bilion sebagai insentif automasi...

Sunday, April 7, 2013

BR1M Akan Jadi RM1,200?

 Syabas BN kerana berjaya melahirkan aspirasi dan memberi harapan kepada segenap lapisan masyarakat! Manifesto BN.....kadar BR1M akan naik cara berperingkat sampai RM1,200 Sabtu, 06 April 2013 20:57 HELME HANAFI     Manifesto Barisan Nasional yang dilancar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu malam pasti menjadi satu harapan yang mengembirakan golongan bependapatan rendah yang menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Kalau sebelum ini dua kali menerima RM500 dari BR1M...kini mereka dapat membayangkan pada satu hari nanti kadar itu akan sampai RM1,200.Cadangan untuk terus bagi...

Calon Wanita Bakal Diturunkan PRU13!

BN Sarawak bakal menurunkan calon wanita di kerusi Kota Samarahan.  Walau pun demikian ianya masih bergantung kepada pengumuman daripada Pengerusi Barisan Nasional kerana PRU13 ini merupakan kabinet beliau.   Calon yang diwar-warkan sebelum ini akan menggantikan kekosongan oleh penyandangnya iaitu P.197 Kota Samarahan.   BN semarakkan tempo PRU-13 dengan manifesto untuk semua 2013/04/06 - 22:32:48 PM BHarian   KUALA...

Saturday, April 6, 2013

Kesedaran Penting Untuk Menangani Jenayah Siber

Jenayah siber semakin berleluasa.  Berhati-hati apabila menggunakan aplikasi Android.  Sentiasa tingkatkan mutu keselamatan data anda.  Sekiranya berlaku jenayah siber ke atas diri anda jangan panik kerana cybersecurity kini berada di dalam jangkauan. Namun begitu jangan sekali-kali cuai dengan membiarkan akaun facebook atau email tidak dilog keluar sebelum meninggalkan terminal komputer anda. Kecuaian anda mungkin akan membawa padah suatu hari kelak.  Berhati-hatilah dengan setiap komunikasi dalam dunia siber terutama sekali pengguna skype! Kerjasama tangani jenayah siberby Rusnan Mustafa. 6 April 2013, Sabtu - Utusan...

My Blog List

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting