Tuesday, April 16, 2013

Senarai Nama Calon BN Sarawak #PRU13 Umum Rabu!


Menurut Setiausaha Agung BN Sarawak, Dr Stephen Rundi, YAB Ketua Menteri Sarawak akan mengumumkan senarai nama calon BN Sarawak bagi PRU13 pada keesokan harinya setelah mengadakan mesyuarat pada hari Rabu iaitu 17 April 2013.

Menurut Dr Stephen, kini terdapat 4 kerusi yang belum pasti calonnya iaitu milik PRS dan SPDP. PRS ditetapkan 6 kerusi manakala 4 kerusi buat SPDP. 14 kerusi diperuntukkan untuk PBB dan 6 kerusi pula buat SUPP.

Malam ini bakal calon, penyandang belum tentu dapat tidur dengan lena sehingga nama mereka disahkan sebagai calon. Apa sahaja boleh berlaku daripada sekarang sehingga pengumumannya esok!

Taib Umum Senarai Calon Esok

16 April 2013 - Utusan Borneo
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN) Negeri yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) esok (Rabu).

Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata Barisan Nasional (BN) Negeri akan bermesyuarat pada 17 April ini (esok) dan Taib dijangka membuat pengumuman selepas mesyuarat tersebut.

Menurutnya ketika ini masih terdapat empat kerusi Parlimen Sarawak yang masih belum pasti calonnya dan kerusi-kerusi itu milik Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Kerusi itu ialah Parlimen Mas Gading, Saratok dan Baram (SPDP) dan Hulu Rajang milik PRS.

“Isu calon untuk empat kerusi ini akan dibincang dan dimuktamadkan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN esok (hari ini) dan nama-nama mereka akan diumumkan pada Rabu.

“Keputusan siapa bakal bertanding di empat kerusi ini belum dipastikan lagi.

“Namun saya percaya ia akan selesai sebaik Majlis Tertinggi BN Negeri bermesyuarat esok (16 April),” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas mengenai calon BN Negeri secara keseluruhannya, Dr Rundi berkata calon-calon dua parti komponen BN iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sudah dipastikan.
Bagaimanapun senarai penuh calon BN hanya akan diumumkan oleh Ketua Menteri selaku pengerusi BN Negeri.

BN Negeri akan meletakkan calonnya di 31 Parlimen di negeri ini dan daripada jumlah itu 14 kerusi diperuntukkan kepada PBB, enam milik PRS, tujuh (SUPP) dan empat lagi diperuntukkan kepada SPDP.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas komen yang ditinggalkan di Suara Samarahan

My Blog List

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting