Thursday, April 25, 2013

#PRU13 Kota Samarahan Kerusi Putih BN Sarawak #1Malaysia #SokongNajib #UndiBN #BetterNation


Calon BN di Kota Samarahan tidak akan menghadapi banyak masalah untuk mempertahankan kerusi tersebut. Beliau bukan sahaja anak jati Asajaya malah merupakan bekas Pegawai Daerah yang membuktikan beliau sedar dan prihatin akan masalah rakyat di Kota Samarahan.

Semoga naluri kewanitaannya bakal meneraju Kota Samarahan lebih maju setaraf dengan kota lain di Sarawak.

Rakyat harus sedar hanya politik pembangunan yang dapat membawa kemajuan dan bukan politik hotel atau politik kaki lima...

Parlimen Kota Samarahan diyakini terus jadi kubu kuat BN

22 April 2013, Isnin


KEKAL BERSATU: Karim (tengah) dan Rubiah merakam kenangan bersama peserta Kem Wanita Solehah di Kota Samarahan semalam.

KOTA SAMARAHAN: Parlimen Kota Samarahan diyakini kekal sebagai lokasi putih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini sekali gus terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Perkara itu ditegaskan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah yang memberitahu bahawa BN di situ tidak mempunyai kesukaran untuk mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya ini.

Tegasnya, meskipun calon baharu BN Rubiah Wang mendapat tentangan daripada calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, beliau yakin kemenangan mutlak kekal bersama BN.

“Daripada apa yang kita perhatian kerusi Parlimen Kota Samarahan kekal menjadi lokasi putih pada pilihan raya ini sekali gus tidak menjadi halangan untuk BN terus berkubu di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kem Wanita Solehah anjuran Helma Hikmah Kota Samarahan di Dewan Suarah Samarahan di sini semalam.

Namun, Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya menghormati dan memuji keperibadian calon PAS tetapi menyifatkan anak muda dari Spaoh itu tersalah pilih ‘kenderaan’.

“Beliau muda dan mempunyai keperibadian dan akhlak yang baik tetapi ‘kenderaan’ (parti PAS) yang digunanya pada pilihan raya ini tidak boleh menjamin kesinambungan pembangunan yang kita telah bawa di negeri ini,” jelasnya.

Karim yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) berharap golongan wanita turut memainkan peranan mereka dalam bersama-sama memajukan dan membangunkan negara.

“Peranan wanita amat penting dalam pembangunan dan kemajuan negara, sebab itulah calon kita pada pilihan raya ini adalah seorang wanita dan anak jati Samarahan,” tambahnya.

Selain itu, beliau menggesa para pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sebaik-baiknya semasa hari mengundi nanti iaitu pada 5 Mei depan bagi menentukan masa depan negara.

“Undi adalah hak masing-masing dan gunakan hak itu sebaik-baiknya agar kita tidak tersalah pilih yang boleh membawa kehancuran kepada negara,” tegasnya.

Sementera itu, Rubiah ketika berucap berkata, beliau memohon rakyat di Kota Samarahan terus berdiri di belakang kerajaan yang ada sekarang bagi meneruskan agenda pembangunan rakyat yang lebih mapan.

“Justeru, saya memohon para pengundi terutama golongan wanita di sini bersama-sama dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya pada pilihan raya ini,” ujarnya.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas komen yang ditinggalkan di Suara Samarahan

My Blog List

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting