Showing posts with label Agensi Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Agensi Kerajaan. Show all posts

Monday, April 8, 2013

BARISAN NASIONAL TINDAS NEGERI KERAJAAN PEMBANGKANG??

Kenyataan di bawah sudah pasti dapat menutup mulut pakatan pembangkang yang selama ini menuduh kerajaan BN berlaku zalim terhadap negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang.
Pokoknya, propaganda pembangkang sudah tidak dapat diterima lagi oleh rakyat. Sebaliknya, kita mahukan gerak kerja yang sudah terbukti seperti yang diusahakan oleh BN seperti di bawah :

Barisan Nasional (BN) membuktikan tohmahan pembangkang yang kononnya negeri ini diabaikan Kerajaan Persekutuan adalah salah apabila berterusan menyalurkan peruntukan besar.

Terbaharu, sebanyak RM330.6 juta diluluskan bagi melaksanakan 16 projek permulaan bagi tahun ini melibatkan bahagian pulau dan juga Seberang Perai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, antara projek berkenaan adalah pembinaan laluan di Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM200 juta yang turut melengkapkan pembinaan jambatan itu.
"Bagi mengatasi kesesakan di kawasan Zon Perindustrian Bebas, projek menaik taraf jalan dari Batu Maung ke Jalan Sultan Azlan Shah sepanjang 4.5 kilometer yang menelan kos RM20 juta juga disenaraikan dan dijangka siap menjelang tahun depan," katanya.Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, di sini hari ini.
Katanya, 16 projek berkenaan dijangka bertambah kerana peruntukan siling untuk negeri ini yang diberikan oleh kerajaan Pusat mencecah RM1.023 bilion.
"Antara projek lain dalam pakej itu termasuklah pembinaan Rumah Ehsan di Nibong Tebal bernilai RM53 juta, projek tebatan banjir di Tasek Gelugor (RM10 juta), rumah pam di Tasek Gelugor (RM1 juta) dan pembangunan semula pasar di Seberang Jaya sebanyak RM1.5 juta," katanya.
Sementara itu, seramai 416,000 orang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang mula diagihkan esok.Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan hampir sekali ganda berbanding 245,000 orang tahun lalu
"Pada 2012, kerajaan memperuntukkan RM122.4 juta untuk BR1M dan tahun ini ia meningkat kepada RM183.6 juta termasuk mereka yang bujang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan yang menerima RM250.
"Saya yakin dana itu akan dapat diagihkan dengan baik dan penerima dapat menggunakan bantuan berkenaan untuk meringankan beban perbelanjaan mereka," katanya. -Utusan

Friday, April 5, 2013

Komuniti 1Malaysia Anjur Karnival Komuniti 1Malaysia di Kota Samarahan

Penduduk Kota Samarahan bakal berpeluang untuk menyaksikan Karnival Komuniti 1Malaysia.  Acara ini julung kali diadakan dengan sambutan yang meriah daripada agensi kerajaan, pihak swasta dan NGO.  Karnival ini dianjurkan oleh Jabatan Penerangan dan Komuniti 1Malaysia.  Datanglah beramai-ramai ke Halaman Samarahan!
Karnival 1Malaysia di Halaman Samarahan bermula hari ini
5 April 2013, Jumaat

KUCHING: Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak dan Komuniti 1Malaysia (K1M) akan mengadakan Karnival Komuniti 1Malaysia di Halaman Samarahan pada 5 hingga 7 April ini.

Karnival yang berlangsung dari pagi hingga malam itu akan menyajikan pelbagai program menarik antaranya gerai pameran dan jualan agensi-agensi kerajaan, swasta dan NGO selama tiga hari berturut-turut.

Pada sebelah malam 5 April, artis-artis Pentarama akan menghiburkan para penonton dengan lagu-lagu popular terkini di samping mengetengahkan maklumat-maklumat berfaedah kepada masyarakat.

Pelbagai aktiviti riadah dan santai turut diadakan antaranya pertandingan futsal dan bola jaring membabitkan pasukan dari K1M terpilih.

Manakala sukaneka, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan karaoke dan yang paling menarik pertandingan Ratu Kebaya adalah terbuka kepada orang ramai.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Salehuddin Klewan di talian 019-4846604.


My Blog List

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting