Showing posts with label Universiti. Show all posts
Showing posts with label Universiti. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

Setahun Jagung

Berikut merupakan tindakan yang kurang bijak oleh seorang Mahasiswa yang boleh dikatakan baru setahun belajar dan kenal politik dah nak bertanding, meskipun atas nama Bebas,beliau juga mungkin umpan Parti Pembangkang untuk memecah undi di Pekan, berikut adalah berita yang kami petik dari berita harian online

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berusia 23 tahun dari Universiti Malaya akan mencabar Najib untuk kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Mohamed Bukhairy Sofian

Mohamed Bukhairy Sofian

Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13), sebuah gabungan kumpulan pelajar, akan meletakkan Mohamed Bukhairy Sofian, pelajar dari bidang Sains Politik yang akan bertindak sebagai calon bebas.

Menurut Mohamed Bukhairy, pertubuhan itu meletakkannya sebagai calon untuk bertanding sebagai usaha melakukan reformasi sistem pendidikan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

“Kami mahu menekankan manifesto dan membawa dasar-dasar kita ke Parlimen.

“Kita juga tidak akan mengetepikan isu-isu yang berkaitan penduduk tempatan (di Pekan) juga,” katanya pada sidang akhbar di sini pada hari Jumaat.

Mohamed Bukhairy merupakan ahli kepada wakil majlis pelajar UM, merangkap sebagai Pengerusi Nasional bagi Majlis Perwakilan Pelajar.

Pengerusi Solidariti Mahasiwa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang berkata manifesto itu telah dikemukakan kepada kedua-dua parti pemerintah dan parti pembangkang bulan lalu, tetapi masih belum menerima jawapan dari pihak berkaitan.

Manifesto pelajar itu menggariskan lapan perkara utama termasuk autonomi penuh untuk universiti-universiti tempatan, kebebasan akademik, pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi, dan pelajar dibenarkan menguruskan hal ehwal mereka sendiri.

Apabila ditanya sama ada beliau yakin untuk menang, Mohamed Bukhairy berkata, “Saya akan melakukan yang terbaik … yang penting di sini adalah mencuba.”

Tuesday, April 9, 2013

Program Sukarelawan Inspirasi Kenyalang 2013 Dilancarkan!

UNIMAS bukan sahaja menjadi pusat untuk menimba ilmu tetapi pusat untuk mendidik mahasiswa agar sentiasa menimbulkan rasa ingin berkhidmat dan berbakti kepada masyarakt yng kurang mampu di kawasan pedalaman khususnya.

Baru-baru ini dilancarkan Program Sukarelawan Inspirasi Kenyalang 2013 untuk mengagihkan buku dan alatulis di kawasan pedalaman Sarawak.

UNIMAS juga mengumumkan sebanyak 100 biasiswa peringkat Pra-U akan ditawarkan oleh Yayasan Sarawak bagi membantu pelajar dari pedalaman Sarawak.

Semoga pelajar lepasan SPM tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk melanjutkan pelajaran di UNIMAS di Kota Samarahan.



UNIMAS sedia 100 tempat Pra-U kepada pelajar pedalaman

9 April 9 2013, Selasa - Utusan Borneo


LANCAR: Fadzil menandatangani buku program sebagai simbolik
perasmian sambil disaksikan Rahman (kiri) pada majlis perasmian
di UNIMAS semalam.

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kini menyediakan 100 tempat khas kepada pelajar dari pedalaman Sarawak untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pra-Universiti (Pra-U) di situ.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UNIMAS Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata, 100 tempah khas itu disediakan hasil kerjasama dan persetujuan Yayasan Sarawak untuk menyediakan biasiswa kepada 100 pelajar yang layak.

“Saya difahamkan pihak Yayasan Sarawak telah bersetuju memberi biasiswa kepada 100 pelajar anak Sarawak dari pedalaman untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkar Pra-Universiti di sini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program sukarelawan Inspirasi Kenyalang 2013 di UNIMAS semalam.

Dengan adanya 100 tempat khusus untuk anak Sarawak dari pedalaman Fadzil memberitahu, ia sekali gus menyediakan peluang khas dalam memfokuskan kepada pembangunan anak-anak tempatan dalam bidang pendidikan tinggi.

Beliau menjelaskan, walaupun Kementerian Pengajian Tinggi ada menyediakan biasiswa kepada pelajar Pra-U namun ia merangkumi pelajar di seluruh Malaysia.

“Maka, ia tidak terlalu fokus kepada anak-anak tempatan terutama dari pedalaman Sarawak, sebab itu kami mencari ikhtiar dan akhirnya pihak Yayasan Sarawak bersetuju dalam bersama-sama memberi peluang khas kepada anak Sarawak untuk berjaya.

“Untuk mendapatkan biasiswa ini, pelajar perlu memenuhi syarat minimum yang kami telah tetapkan.

“Inilah yang kami perlu lakukan untuk menabur bakti membangunkan anak Sarawak,” tambahnya.

Pada masa yang sama beliau memberitahu bahawa pengambil pelajar terbabit akan dilaksanakan pada tahun ini iaitu sesi kemasukan Jun ini bagi pengajian di peringkat Pra-U di situ.

Menyentuh mengenai program komuniti yang dianjurkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS, Fadzil berkata ia dapat mendekatkan mahasiswa kepada pelajar dari pedalaman Sarawak.

“Semangat kesukarelawan amat kami galakkan di kalangan mahasiswa dalam berkongsi pengalaman dengan pelajar dari pedalaman Sarawak tentang peluang yang disediakan di universiti,” katanya.

Selain itu, jelasnya ia dijadikan platform menambah minat golongan sasar dari pedalaman untuk berjaya di peringkat yang lebih tinggi.
Sementara itu, Pengarah Projek Abdur Rahman Abdul Rahim berkata, sebanyak 10 sekolah di pedalaman Sarawak telah terpilih dalam program itu seperti di Sibu, Saratok, Batang Igan, Dalat dan beberapa kawasan lain.

“Dalam program ini kami dianggotai sembilan peserta akan mengagihkan alat tulis dan buku serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pelajar dari pedalaman,” katanya sambil menambah, lebih 500 buku telah berjaya dikumpulkan untuk tujuan itu.

Malah, tambahnya aktiviti kemasyarakatan turut diadakan yang melibatkan 87 pelajar seperti program keluarga angkat, sukan rakyat, malam kebudayaan dan kesenian selama tiga hari bermula 12 April.


- Posted using BlogPress from my New iPad

My Blog List

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting