Tuesday, April 9, 2013

Mahasiswa Ghairah Berpolitik Bimbangkan Pensyarah?

Mahasiswa dinasihatkan agar tidak begitu ghairah untuk berpolitik.  Ini diingatkan oleh Fadzil Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Naib Chancelor Hal Ehwal Pelajar UNIMAS kepada mahasiswa beliau.  

Sememangnya mereka patut sedar ini bukan masa untuk mereka berkempen tetapi setakat mengetahui mengenai serba sedikit hal ehwal politik tiada salah.  Janganlah mahasiswa cuba meruntuhkan perpaduan sesama mereka apabila mereka berpolitik di surau atau dalam kuliah!  Jadilah orang yang berterima kasih dan jangan jadi orang yang sentiasa tidak bersyukur atas pemberian Allah. 
Keghairahan mahasiswa berpolitik membimbangkan

9 April 2013, Selasa - Utusan Borneo

KOTA SAMARAHAN: Keghairahan mahasiswa yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi dalam bidang politik semakin membimbangkan kerana dikhuatiri menjejaskan pelajaran mereka.

Kebimbangan itu diluahkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman yang melihat keadaan mahasiswa kini semakin taksub terhadap politik sehingga mengabaikan pelajaran mereka.

“Saya sedih dan takut melihat keghairahan mahasiswa yang dilihat terlalu taksub dalam kancah politik sehingga mengabaikan pelajaran dan harapan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya.

“Ini hasil pemerhatian saya melalui laman sosial, blog-blog dan video yang dimuat naik dalam Internet yang menunjukkan mereka ini terlalu mengejar dunia politik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program sukarelawan Inspirasi Kenyalang 2013 di UNIMAS semalam.

Fadzil memberitahu, walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah membenarkan mahasiswa terlibat langsung dalam bidang politik di luar kampus, namun mahasiswa perlu membatasi perkara itu.

Malah beliau turut mempersoalkan tindakan mahasiswa yang hanya mentafsirkan bidang politik sahaja yang mampu menyumbang kepada negara tanpa melihat daripada sudut lain iaitu ilmu.

“Apakah mereka tidak melihat daripada sudut lain iaitu dengan menjadi individu berilmu yang dapat menabur bakti kepada rakyat melalui ilmu yang diperolehi,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau menasihati mahasiswa di universiti khasnya di UNIMAS agar tidak terlalu taksub dan ghairah berpolitik.

“Kalau kail panjang sejengkal janganlah lautan dalam hendak diduga, begitulah dunia politik jika kita tidak mempunyai ilmu yang cukup janganlah kita terlalu ghairah dengannya kerana saya hanya mahu melihat anda semua menjadi manusia yang berguna, berilmu dan mampu menjadi sandaran kepada negara,” ujarnya.

Menyentuh mengenai tindakan yang akan diambil kepada mahasiswa UNIMAS yang melibatkan diri dalam politik di dalam kampus, Fadzil menjelaskan pihaknya akan memberi teguran sebelum tindakan dilakukan.

“Buat masa ini pelajar kami tidak terlibat dengan politik di dalam kampus dan jika ia berlaku kita akan memberi teguran dan nasihat,” jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas komen yang ditinggalkan di Suara Samarahan

My Blog List

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting