Showing posts with label Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

[Blog] Pasca PRU13: Sarawak dan Sabah Patut Dapat Habuan...


Kali ini kita setuju dengan GAP.  Sememangnya lebih banyak usaha patut digiatkan di sebelah timur iaitu Sabah dan Sarawak.  Penduduk Sabah dan Sarawak tidak mudah terpedaya oleh tipu-muslihat pihak pembangkang.  Semoga  Sabah dan Sarawak kekal kubu kukuh BN!
PASCA PRU 13 : PEMBERSIHAN KABINET DAN UMNO PERLU DILAKUKAN. RAHIM NOR MENTERI KDN BARU ?
ada pelbagai proses dan peringkat akan dilakukan oleh blog ini dalam usaha kita untuk mewujudkan kerajaan MELAYU/BUMIPUTRA mutlak pada pru 2018 nanti..
pembersihan senarai kabinet yang tidak menguntungkan orang melayu.
pembersihan dan teguran untuk pimpinan umno pusat dan selangor.
2 peringkat ini adalah stage pertama.
jika peringkat ini tidak dilakukan, maka tak guna kita merintih longlai membebel pasal kelesuan pimpinan yang bermain politik kondom, play safe, penakut,bacul dan amaran gampang.
setelah peringkat ini selesai, maka kita perlu fokus untuk kuat dan desak agar segala HAK YANG TELAH DIAMBIL DAN PERLU DITAMBAH DILAKUKAN SEGERA.
kerajaan pusat wajib fokus untuk memajukan segera sabah dan sarawak sebagai balasan terhadap keyakinan mereka sewaktu pru 13.
taib mahmud jangan di ganggu !musa aman perlu terus memerintah !
bantu ke2 penguasa ini untuk membalas balik undi rakyat sabah dan sarawak !
kabinet najib PERLU ADA MENTERI YANG KESEMUANYA ADA TELOR. yang ada sekarang kebanyakannya takde telor.
hishamudin jika diangkat menjadi menteri KDN, ia akan mempercepatkan lagi gerak kerja DAP dan cauvinis memerintah malaysia..selama ini mereka berjaya mengambil peluang di atas kelemahan beliau.
sewajarnya dan cadangan aku.
MENTERI KDN tidak perlu dilantik dari kalangan ahli parlimen.
kerana ini akan mendatangkan masalah bilamana tindakan dan tangkapan yang  melibatkan kaum pastinya mewujudkan kegusaran dalam membuat keputusan.
orang yang paling layak memegang jawatan MENTERI KDN adalan tan sri rahim nor.
jika dia mengambil tindakan maka dia tak perlu gusar akan tindakbalas dari pengundi parlimen.
Ini artikel mula, akan ada banyak lagi artikel balun dan cadangan yang akan dikeluarkan.

Tuesday, April 9, 2013

Papa Gomo mahu tanding lawan Anwar

Kuala Lumpur: Penulis blog, Papa Gomo akan bertanding sebagai calon bebas menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Presiden Pertubuhan Media Nadi Rakyat Malaysia, Mohamad Rafi Awang Kechik, bagi pihak Papa Gomo mengambil borang penamaan calon di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Rafi berkata, penulis blog terbabit akan mendapat sokongan penuh lebih 7,000 penyokong badan bukan kerajaan (NGO) itu selain menyatakan sudah mempunyai penyokong dan pencadang menjelang proses penamaan calon nanti.

Katanya, Papa Gomo akan tetap berdepan Anwar di mana saja Ketua Umum PKR itu bertanding sama ada di Permatang Pauh atau kawasan lain.
Katanya, identiti sebenar individu yang dikenali sebagai Papa Gomo akan didedahkan pada hari penamaan calon nanti.
Blog Papa Gomo sering mendedahkan dakwaan salah laku pemimpin pembangkang itu.

P/s: Harap papa Gomo tidak menyebabkan undi untuk Parti Barisan atau UMNO terganggu, kalau Papa Gomo menang cepat – cepat le join Barisan agar menambah kerusi Barisan menjadi 2/3.

Maruah tak patut digadai

 

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak berkata maruah dan penghormatan adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit biarpun ada pihak memberikan pelbagai janji.
Perdana Menteri berkata, walaupun seseorang itu kehilangan segala-galanya tetapi masyarakat akan tetap menghormatinya kerana wujud prinsip kesetiaan. 

“Maruah dan penghormatan tidak boleh dibeli biarpun ada orang janji macam-macam, penghormatan manusia kepada kita tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, sebab itu dalam perjuangan kita mesti ada nilai prinsip, maruah diri mesti kita jaga. 

P/s : Berita penuh boleh didapati daripada surat khabar berita harian 9.April. 2013

Kedudukan PAS di Kelantan tidak sekebal mana



Perbincangan mengenai politik juga menarik sekiranya ditinjau dari perspektif sosiologi. Masyarakat Kelantan misalnya, merujuk kegiatan mengundi dalam sistem demokrasi diamalkan di negara kita sebagai ‘main politik’. Oleh itu, bagi orang Kelantan, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen 3 April lalu, ia ibarat paluan gendang yang menandakan musim ‘bermain politik’ sudah bermula.

Ramai kalangan masyarakat Malaysia tersalah dalam memahami tabiat berpolitik orang Kelantan. Sebahagian mereka menganggap orang Kelantan sebagai masyarakat yang bersifat taksub melulu terhadap parti politik. Hakikatnya tidak sedemikian. Tanggapan itu barangkali benar pada sebahagiannya tetapi tidak keseluruhan. Ini boleh dinilai pada istilah ‘main politik’ yang merupakan satu kata perbualan yang digunakan secara meluas pada peringkat akar umbi masyarakat Kelantan.

Istilah ini menunjukkan iaitu bagi orang Kelantan berpolitik adalah satu bentuk perlawanan dalam sesebuah permainan. Ia sentiasa terdedah kepada perubahan bergantung kepada tawaran dan prestasi perkhidmatan pelaku atau ‘pemain’. Apabila mereka menanggapi kegiatan politik sebagai satu bentuk perlawanan dalam sebuah permainan, maka nilai politik pada perspektif sebahagian orang Kelantan boleh dikatakan bersifat relatif. Dalam kata lain, politik yang selalu didefinisikan sebagai seni serba kemungkinan tergambar dalam istilah itu dan sudah lama diamalkan orang Kelantan.

‘Taksub’ terhadap politik

Mungkin benar jika kita mengatakan orang Kelantan ‘taksub’ terhadap politik dalam erti minat dan kecenderungan mereka terhadap kegiatannya menyeluruh membabitkan segenap lapisan masyarakat. Namun, tidak benar sekiranya kita mengatakan, iaitu orang Kelantan bersikap taksub kepada parti politik. Sikap dan pendirian politik orang Kelantan terhadap parti yang menyertai atau bermain politik terdedah kepada hukum perubahan.

Penelitian ini terbukti dalam amalan pertukaran parti memerintah di Kelantan antara PAS dan UMNO dalam sejarah perkembangannya. Misalnya, selepas memperoleh kemenangan pada PRU 1959, PAS memerintah Kelantan sehingga 1978 sebelum UMNO mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sehingga 1990.

Selepas itu, rakyat Kelantan memberikan kembali mandat pemerintahan kepada PAS sehingga sekarang. Proses peralihan ini menjelaskan, iaitu tidak ada mana-mana parti politik bertanding di Kelantan berada dalam kedudukan kebal. Kedudukan parti politik di Kelantan sentiasa terdedah kepada penilaian dan pelbagai pengaruh kemungkinan yang tidak menentu.

Dalam konteks perkembangan politik di Kelantan hari ini, tanggapan umum meletakkan peluang lebih kepada PAS untuk terus mengekalkan pemerintahan mereka. Tanggapan ini berasaskan pemikiran, iaitu orientasi keagamaan masyarakat Kelantan akan mendorong pola pengundian kepada parti PAS yang memang difahami menawarkan corak kepemimpinan sedemikian.

Tanggapan ini adalah antara satu daripada telahan yang sedang berkembang. Namun, tanggapan ini bukan satu-satunya telahan sedang diperbincangkan. Tanggapan lain menjangkakan bahawa PAS akan menerima tamparan yang tidak terjangka. Ia pernah terjadi apabila PAS hanya mempunyai kelebihan satu kerusi saja berbanding UMNO pada PRU 2004. Dikatakan, kini sudah wujud perasaan ‘puas’ atau jemu sebahagian besar orang Kelantan terhadap kepemimpinan sedia ada. Oleh itu, jangkaan perubahan politik pada peringkat pentadbiran negeri bukan suatu yang mustahil.

Jangkaan dan telahan mengenai senario politik Kelantan selepas PRU-13 menarik perhatian ramai pihak. Sekiranya diteliti perbezaan undi yang dimenangi calon pada PRU-12, majoritinya tidak begitu besar. Dalam kata lain, peluang setiap pihak adalah 50-50 atau terbuka. Peranan perantau yang berada di luar Kelantan banyak menjadi penentu terhadap pola pengundian nanti.

Pengaruhi pola pengundian

Kepulangan mereka ke kampung halaman menjalankan kewajipan mengundi disertai bersama-sama dengan arus berfikir yang berkembang di tempat mereka bermusafir. Di samping golongan dewasa, perantau ini dari kelompok generasi amat ramai dan gaya serta corak berfikir mereka bakal mempengaruhi pola pengundian di Kelantan.

Di samping faktor luar, prestasi dalaman parti menyumbang pengaruh besar terhadap pola pengundian akan datang. Memandangkan sebahagian besar tabiat orang Kelantan yang tidak bersifat taksub kepada parti politik, mereka pada masa sama juga bersikap demikian terhadap calon bertanding.
Penilaian terhadap kebaikan, kejujuran dan rekod perkhidmatan calon amat mempengaruhi rentak pengundian. Pada kebiasaan, sekiranya calon dikenali sebagai ‘orang baik’ dan ‘pemurah’ oleh masyarakat setempat, peluang untuk terpilih lebih besar.

Perbahasan mengenai tabiat politik orang Kelantan ini bukan suatu perbincangan asing dalam konteks wacana politik dan realiti sosialnya di Kelantan. Oleh itu, sikap meninggi diri, terutama dari segi percakapan dan kebendaan akan membawa padah kepada calon atau parti yang bertanding.
Begitu juga perbuatan suka mengecam dan melemparkan tuduhan politik secara keras dan keterlaluan terhadap pesaing akan membawa kecundang. Dalam ‘bermain politik’, orang Kelantan suka kepada calon dan parti yang bersikap halus budi pekerti serta pandai merendah diri. Walaupun politik dianggap sebagai satu bentuk permainan, ia juga difahami sebagai satu bentuk ibadah dari kaca mata keagamaan.

Penulis ialah pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, UKM…petikan dari berita harian

Monday, April 8, 2013

BARISAN NASIONAL TINDAS NEGERI KERAJAAN PEMBANGKANG??

Kenyataan di bawah sudah pasti dapat menutup mulut pakatan pembangkang yang selama ini menuduh kerajaan BN berlaku zalim terhadap negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang.
Pokoknya, propaganda pembangkang sudah tidak dapat diterima lagi oleh rakyat. Sebaliknya, kita mahukan gerak kerja yang sudah terbukti seperti yang diusahakan oleh BN seperti di bawah :

Barisan Nasional (BN) membuktikan tohmahan pembangkang yang kononnya negeri ini diabaikan Kerajaan Persekutuan adalah salah apabila berterusan menyalurkan peruntukan besar.

Terbaharu, sebanyak RM330.6 juta diluluskan bagi melaksanakan 16 projek permulaan bagi tahun ini melibatkan bahagian pulau dan juga Seberang Perai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, antara projek berkenaan adalah pembinaan laluan di Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM200 juta yang turut melengkapkan pembinaan jambatan itu.
"Bagi mengatasi kesesakan di kawasan Zon Perindustrian Bebas, projek menaik taraf jalan dari Batu Maung ke Jalan Sultan Azlan Shah sepanjang 4.5 kilometer yang menelan kos RM20 juta juga disenaraikan dan dijangka siap menjelang tahun depan," katanya.Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, di sini hari ini.
Katanya, 16 projek berkenaan dijangka bertambah kerana peruntukan siling untuk negeri ini yang diberikan oleh kerajaan Pusat mencecah RM1.023 bilion.
"Antara projek lain dalam pakej itu termasuklah pembinaan Rumah Ehsan di Nibong Tebal bernilai RM53 juta, projek tebatan banjir di Tasek Gelugor (RM10 juta), rumah pam di Tasek Gelugor (RM1 juta) dan pembangunan semula pasar di Seberang Jaya sebanyak RM1.5 juta," katanya.
Sementara itu, seramai 416,000 orang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang mula diagihkan esok.Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan hampir sekali ganda berbanding 245,000 orang tahun lalu
"Pada 2012, kerajaan memperuntukkan RM122.4 juta untuk BR1M dan tahun ini ia meningkat kepada RM183.6 juta termasuk mereka yang bujang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan yang menerima RM250.
"Saya yakin dana itu akan dapat diagihkan dengan baik dan penerima dapat menggunakan bantuan berkenaan untuk meringankan beban perbelanjaan mereka," katanya. -Utusan

Sunday, April 7, 2013

BR1M Akan Jadi RM1,200?

 Syabas BN kerana berjaya melahirkan aspirasi dan memberi harapan kepada segenap lapisan masyarakat!

Manifesto BN.....kadar BR1M akan naik cara berperingkat sampai RM1,200

brim1xx 
 
Manifesto Barisan Nasional yang dilancar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu malam pasti menjadi satu harapan yang mengembirakan golongan bependapatan rendah yang menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Kalau sebelum ini dua kali menerima RM500 dari BR1M...kini mereka dapat membayangkan pada satu hari nanti kadar itu akan sampai RM1,200.

Cadangan untuk terus bagi BR1M dan tambah kadarnya secara berperingkat hingga tahap RM1,200 adalah salah satu janji yang terkandong dalam manifesto  itu yang Najib sifatkan satu aku janji BN...yang berbeza dengan manifesto pembangkang.

Manifesto bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang mengandongi 17 pekara asas itu dilancarkan dalam suasana penuh warna warni dan bersemangat di Stadium Putra Bukit Jalil.
brim2xx

Najib menegaskan BR1M bukan bertujuan untuk beli undi sebaliknya untuk membantu golongan yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Di bawah aku janji manifesto BN itu juga akan turut mengembirakan golongan bujang yang kini menerima RM250 BR1M.

Sasaran BN ialah tambah kadarnya cara berperingkat hingga ke tahap RM600.
Dalam pada itu Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dinaikkan daripada RM100 kepada RM300 manakala bantuan persekolahan kepada RM150.

Sebanyak 1 juta rumah mampu milik akan dibina dalam tempoh lima tahun.
Harga kereta pula akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus.

My Blog List

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting