
SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang
menggariskan empat teras utama antaranya akan memastikan pendapatan isu
rumah rakyat Malaysia meningkat sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan
selepas satu penggal gagasan itu menawan Putrajaya.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Pakatan Rakyat juga akan
memastikan sejuta peluang pekerjaan baru akan diwujudkan dengan
memastikan lambakan pekerja asing di negara ini akan dikurangkan secara
berperingkat-peringkat.
Malah gagasan itu yang konsisten dengan perjuangan menuntut gaji minima
menjanjikan, Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2
bilion sebagai insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima jika
perikatan pembangkang itu ke Putrajaya.
"Insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima member keutamaan
kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi tempoh ditetapkan,"
katanya.
Malah manifesto PR katanya akan memastikan pelarasan
percukaian dilakukan bagi mengelak golongan mahakaya yang hartanya
beratus ribu membayar cukai yang sama dengan seorang eksekutif swasta.
"Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26% kini hanya mula
dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas,
berbanding RM250,000 sekarang," katanya.
PR juga mengulangi dasar pendidikan percuma dalam manifestonya.
Dr Dzulkefly Ahmad ketika membentangkan manifesto itu memberitahu, PR akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.
PR akan memastikan yuran pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi awam akan ditanggung kerajaan baru itu.
"Semua pelajar di institusi milik awam akan memberikan elaun sara hidup
untuk menampung kso kediaman, makan minum, buku dan pengangkutan
kecuali bagi mereka yang benar-benar kaya," katanya selain PTPTN juga
akan dihapuskan.
PR juga dalam manifestonya sekali lagi menjanjikan harga petrol dan diesel akan diturunkan.
PR mendakwa, harga minyak mentah yang tinggi sehingga mencecah purata
RM300 setong melonjakkan pendapatan negara dan hasil minyak.
"Pakatan Rakyat percaya laba dari pendapatan minta ini wajar dikongsi dengan rakyat untuk mengurangkan bebanan," kandungan manifesto itu berbunyi.
Selain itu, PR juga memberi jaminan perikatan itu akan menghapuskan
tol, membatalkan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), termasuk
menghapuskannya.
p/s : kalau semua kerajaan tanggung , alamat lingkup lah negara, PRU 13 dah dekat, renung2kan sebelum membuang undi
0 comments:
Post a Comment
Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas komen yang ditinggalkan di Suara Samarahan