Saturday, May 25, 2013

Ketua Ranting PBB Digesa Berundur….

Lebih ramai lagi muka baharu yang berani memikul tanggungjawab untuk membawa PBB demi memperjuangkan nasib rakyat.  Bagi Ketua Ranting yang tidak berdaya untuk bersaing dalam era digital mreka digesa untuk memberi laluan kepada ahli PBB yang layak dan lebih komited untuk menerajui parti.

PRN Sarawak akan dijangka lebih mantap lagi pada 2 tahun yang akan datang, kerana pihak pembangkang akan menggiatkan kempen mereka melalui laman sosial dan media baru. 

Sedangkan PM sudah menyeru pemimpin BN untuk mengaktifkan diri mereka dalam laman sosial untuk mendekati golongan belia kerana mereka ini masih ramai yang berada di atas pagar dan harus didekati dan diberi penjelasan yang betul mengenai dasar kerajaan. 

Semoga lebih ramai Ketua Ranting PBB yang celik it akan berjuang di laman media sosial seperti facebook dan twitter selepas ini.  Ingatlah sentiasa berkorban bersatu!

Berundur jika tidak lagi komited berjuang untuk parti

Posted on May 25, 2013, Saturday

SIMBOLIK: Karim melakukan tepung tawar ke atas Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan suaminya, Salleh Wasli pada Majlis Kesyukuran dan Terima Kasih Kemenangan BN Peringkat Parlimen Kota Samarahan semalam.

ASAJAYA: Ketua-ketua ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang tidak mampu memikul tanggungjawab diminta mengun­durkan diri untuk memberi laluan kepada mereka yang komited berjuang demi kesinambungan parti.

Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Majlis Tertinggi PBB Abdul Karim Rahman Hamzah yang memberi­tahu, pemilihan baharu ketua-ketua parti peringkat ranting bagi ka­wasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Selepas Mei ini, kita akan mengadakan pemilihan pemimpin (ketua) parti baharu peringkat ranting dan mereka yang tidak berupaya lagi untuk memimpin parti di ranting-ranting, silalah berundur dan berilah peluang kepada mereka yang bersemangat untuk memimpin parti,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya.

Beliau berkata demikan ketika berucap pada Majlis Kesyukuran dan Terima Kasih Kemenangan Barisan Nasional (BN) Pering­kat Parlimen Kota Samarahan anjuran PBB DUN Asajaya di Dewan Sekolah Menengah Ke­bangsaan (SMK) Asajaya 2 di sini semalam.

Karim menegaskan, penggan­tian mereka yang tidak berupaya memimpin parti di peringkat ranting adalah amat penting dalam memastikan kesinambungan kekuatan PBB.

“Apa yang kita mahu pemimpin parti di peringkat ranting-ranting ini mempunyai semangat yang murni untuk berjuang demi parti, bukannya pemimpin parti yang hanya hidup pada masa tertentu sahaja.

“Kalau kita pilih pemimpin parti yang hanya hidup masa tertentu sahaja tanpa betul-betul mahu berjuang demi parti, saya rasa lebih elok mereka ini mengun­durkan diri kerana kita mahu PBB kekal kukuh dan terus bertapak di negeri ini pada masa hadapan,” tegasnya.

Pada majlis itu, Karim yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) dan Menteri Muda Perumahan berkata, kejayaan cemerlang calon BN Rubiah Wang dengan majoriti undi besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama semua pihak yang mahu kawasan itu terus kekal menjadi kubu kuat BN.

“Sepanjang tempoh berkempen yang diadakan selama dua minggu, kita berjaya mengadakan kempen di lebih 100 buah kampung di kawasan Parlimen P.197 Kota Samarahan. Ini dapat dijayakan dengan adanya jentera parti yang kuat,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata, isu-isu serta permo­honan yang dibangkitkan rakyat di kawasan itu akan dikumpul untuk dijadikan panduan ke arah penambahbaikan perkhidmatan kepada rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau memberitahu, ia akan dilaksanakan dengan kerjasama jentera parti di peringkat cawan­gan dan ranting serta dua wakil rakyat di kawasan itu.

Tambahnya, setiap isu dan permohonan daripada rakyat akan diberi perhatian utama untuk memastikan pembangunan yang berterusan Bahagian Samarahan.

“Kita kini dalam proses untuk mengumpul isu dan permohonan yang dibangkitkan rakyat se­masa pilihan raya yang lalu agar tindakan dapat diambil untuk menyelesaikannya,” ujarnya.

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/05/25/berundur-jika-tidak-lagi-komited-berjuang-untuk-parti/#ixzz2UI1tAc63

Monday, May 13, 2013

Suami Berpolitik Isteri Beramal-kebajikan

Isteri kepada wakil rakyat turut mengambil peluang untuk mendidik dan membentuk generasi Malaysia yang cemerlang.  Ini disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan SABATI yang komited untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam SPM 2013 ini.

Ini bagi menyediakan mereka untuk berdaya saing dengan sihat apabila melangkah kaki ke menara gading.

SABATI komited melahirkan pelajar cemerlang

Utusan Borneo 12 Mei 2013, Ahad

ASAJAYA: Badan Amal Tenaga Isteri-isteri Sarawak (SABATI) terus komited dalam melahir dan membangunkan pelajar cemerlang di negeri ini apabila menganjurkan Kem Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara bersiri sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan SABATI Datin Amar Fatimah Mohd Iskandar berkata, penganjuran kem bersiri itu bagi memberi platform kepada pelajar SPM dalam mempersiapkan diri mereka dari segi fizikal, mental dan emosi sebelum menghadapi ujian tersebut.

“Pada tahun lalu kita memilih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Samariang dan SMK Santubong dan pada tahun ini kita pilih pelajar dari SMK Asajaya 2 dan SMK Sadong Jaya bagi menjayakan kem kecemerlangan ini.

“Untuk maklumat pelajar, kem ini diadakan sebanyak dua siri dan hari ini siri pertama dan siri kedua pula akan diadakan di SMK Sadong Jaya pada September nanti yang mana kita akan lebih memfokuskan kepada ulang kaji, latihan termasuk kaedah menjawab soalan SPM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Kem Kecemerlangan SPM 2013 yang bertemakan ‘Memantapkan Potensi dan Keyakinan Diri Ke Arah Kecemerlangan SPM’ di SMK Asajaya 2 di sini semalam.

Fatimah berkata, kem itu turut dibantu oleh guru yang berpengalaman luas bagi berkongsi pengalaman dan kaedah mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental dan emosi untuk menghadapai SPM.

Selain itu, beliau memberitahu selain menganjurkan kem kecemerlangan dalam membantu melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang, guru turut memainkan peranan penting kerana guru yang berkualiti dan komited mampu membentuk anak bangsa yang berjaya.

“Pada masa yang sama, ibu bapa juga memainkan peranan mereka dengan menyediakan tempat dan persekitaran yang kondusif untuk anak mereka belajar.

“Malah, pelajar itu sendiri juga pemain paling penting bagi menentukan kecemerlangan diri sendiri di mana pelajar itu perlu aktif dalam pelajaran,” tambahnya lagi.

Justeru, beliau berharap pelajar memanfaatkan ilmu yang diperolehi dari kem kecemerlangan itu agar dapat membimbing mereka ke arah kecemerlangan dalam SPM kelak.

Kem kecemerlangan itu semalam dihadiri 260 pelajar dari SMK Asajaya dan SMK Sadong Jaya yang bakal menduduki ujian penilaian SPM 2013.

Wednesday, May 8, 2013

[Blog] Pasca PRU13: Sarawak dan Sabah Patut Dapat Habuan...


Kali ini kita setuju dengan GAP.  Sememangnya lebih banyak usaha patut digiatkan di sebelah timur iaitu Sabah dan Sarawak.  Penduduk Sabah dan Sarawak tidak mudah terpedaya oleh tipu-muslihat pihak pembangkang.  Semoga  Sabah dan Sarawak kekal kubu kukuh BN!
PASCA PRU 13 : PEMBERSIHAN KABINET DAN UMNO PERLU DILAKUKAN. RAHIM NOR MENTERI KDN BARU ?
ada pelbagai proses dan peringkat akan dilakukan oleh blog ini dalam usaha kita untuk mewujudkan kerajaan MELAYU/BUMIPUTRA mutlak pada pru 2018 nanti..
pembersihan senarai kabinet yang tidak menguntungkan orang melayu.
pembersihan dan teguran untuk pimpinan umno pusat dan selangor.
2 peringkat ini adalah stage pertama.
jika peringkat ini tidak dilakukan, maka tak guna kita merintih longlai membebel pasal kelesuan pimpinan yang bermain politik kondom, play safe, penakut,bacul dan amaran gampang.
setelah peringkat ini selesai, maka kita perlu fokus untuk kuat dan desak agar segala HAK YANG TELAH DIAMBIL DAN PERLU DITAMBAH DILAKUKAN SEGERA.
kerajaan pusat wajib fokus untuk memajukan segera sabah dan sarawak sebagai balasan terhadap keyakinan mereka sewaktu pru 13.
taib mahmud jangan di ganggu !musa aman perlu terus memerintah !
bantu ke2 penguasa ini untuk membalas balik undi rakyat sabah dan sarawak !
kabinet najib PERLU ADA MENTERI YANG KESEMUANYA ADA TELOR. yang ada sekarang kebanyakannya takde telor.
hishamudin jika diangkat menjadi menteri KDN, ia akan mempercepatkan lagi gerak kerja DAP dan cauvinis memerintah malaysia..selama ini mereka berjaya mengambil peluang di atas kelemahan beliau.
sewajarnya dan cadangan aku.
MENTERI KDN tidak perlu dilantik dari kalangan ahli parlimen.
kerana ini akan mendatangkan masalah bilamana tindakan dan tangkapan yang  melibatkan kaum pastinya mewujudkan kegusaran dalam membuat keputusan.
orang yang paling layak memegang jawatan MENTERI KDN adalan tan sri rahim nor.
jika dia mengambil tindakan maka dia tak perlu gusar akan tindakbalas dari pengundi parlimen.
Ini artikel mula, akan ada banyak lagi artikel balun dan cadangan yang akan dikeluarkan.

My Blog List

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting