Tuesday, June 25, 2013

Kota Samarahan Jadi Bandar Ilmu

Kota Samarahan akan menjadi sebuah bandar ilmu dengan adanya usaha daripada pihak kerajaan dan kerjasama bersama universiti tempatan seperti UNIMAS.  Baru-baru ini Pusat Jalinan Masyarakat telah ditubuhkan sejajar dengan usaha UNIMAS untuk membantu jalinan masyarakat melalui program yang ditawarkan di UNIMAS. 

Ini dapat menggalakkan lebih ramai lagi pelajar tempatan untuk menimba ilmu pengetahuan yang ditawarkan di UNIMAS.  Semoga Kota Samarahan akan terus berkembang sebagai Bandar Ilmu kerana belajar itu adalah untuk seumur hidup tidak mengira umur.

UNIMAS tubuh Pusat Jalinan Masyarakat

Posted on June 25, 2013, Tuesday

BANTU MASYARAKAT: Kadim (dua kiri) menyerahkan bendera Kembara IPT Kenyalang 2013 kepada Ismail (dua kanan) sambil ditemani (dari kiri) Fadzil dan Syafiq.

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menubuhkan Pusat Jalinan Masyarakat khusus untuk membantu masyarakat menerusi program-program yang dilaksanakan di pusat itu.

Menurut Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, pusat berkenaan akan menyediakan pelbagai program berbentuk khidmat masyarakat bagi membolehkan jalinan yang lebih erat antara UNIMAS dengan masyarakat di negeri ini.

“Apa yang kita mahu adalah kewujudkan UNIMAS ini dapat dirasai dan dikongsi bersama masyarakat di negeri ini dan kita masih di peringkat awal perancangan untuk menubuhkan Pusat Jalinan Masyarakat ini.

“Tetapi kita amat berharap pusat ini dapat ditubuhkan secepat mungkin dalam tempoh terdekat,” kata Kadim ketika berucap pada pelepasan Kembara IPT Kenyalang 2013 di Dewan Delima UNIMAS di sini semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Kadim menyarankan agar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang berhasrat untuk menganjurkan aktiviti kepada pelajar berfikir secara kreatif dalam merangka program yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Sementara itu, Residen Samarahan Ismail Mohd Hanis dalam ucapan perasmiannya berkata beliau menyambut baik penganjurkan program seumpama itu yang dilihat dapat menjalinkan hubungan antara univerisiti dengan penduduk di situ dengan lebih dekat lagi.

“Saya amat mengalu-alukan program seperti ini dan kami di Pejabat Residen Samarahan sentiasa membuka pintu untuk pelajar-pelajar univerisiti dalam menganjurkan program-program yang dapat  memberi manfaat bersama kepada masyarakat di bahagian ini,” katanya.

Selain itu, Ismail berkata kepesatan pembangunan di bahagian Samarahan yang menjadikan ia sebagai Bandar Ilmu terus mengalami transfomasi pembangunan di mana Majlis Daerah Samarahan akan dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Samarahan dalam tempoh terdekat ini.

Dalam kembara yang disertai 450 pelajar IPT itu, peserta akan mengembara di empat kawasan iaitu Simunjan, Asajaya, Kota Samarahan dan Serian yang bermula semalam hingga 30 Jun ini.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor UNIMAS Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, Pengarah Program Muhd Zul Syafiq Abdul Wahab dan tetamu kehormat lain.

0 comments:

Post a Comment

Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas komen yang ditinggalkan di Suara Samarahan

My Blog List

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting