Sunday, July 21, 2013

PRK Kuala Besut: Keluarga Calon PAS Tidak Senang Dengan Pendirian Politik Calon?

Kenapa keluarga calon PAS tidak setuju pendirian politik calon yang cenderung kepada PAS?  Ikutilah kupasan badut rakyat ini…

KANTOI !! #PRKKUALABESUT !!! PENDUDUK KUALA BESUT DAN KELUARGA SENDIRI MEMBELASAH CALON PAS !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!

Di dalam tempoh berkempen ini,sudah pasti pelbagai pendekatan akan diguna pakai sebagai satu usaha untuk menarik minat dan simpati para pengundi.Ada yang mengunakan pendekatan konvesional seperti kebiasaanya malah tidak ketinggalan ada yang mengunakan pendekatan ‘reverse psychology’ bagi mengelaburi pandangan rakyat.Terbaru calon Pas bagi pilihanraya kecil Kuala Besut Azlan @ Endut mengunakan penampilan seperti ahli Sufi bagi menipu para pengundi.Sejak bermulanya aktiviti kempen, dia dilihat cuba berlagak alim dengan gaya seperti seorang ahli agama sehingga ada dikalangan penduduk di Kuala Besut yang mengatakan dia seorang yang zuhud.Namun ternyata itu semua adalah merupakan helah politik semata-mata,kerana majoriti penduduk yang mengenalinya secara dekat mengatakan calon Pas ini tak ubah seperti seekjor sesumpah.Ini kerana penampilan dan gayanya amat berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini.Rata penduduk yang mengenalinya mengatakan ‘calon cari makan’ ini adalah merupakan seorang yang kaya raya.Selain mempunyai rumah banglo yang besar dia juga dikatakan mempunyai puluhan kereta mewah.

“Ini semua politik.Sebelum jadi calon dia hidup bermewah-mewah,tapi lepas dipilih jadi calon penampilan dan gayanya terus berubah seperti seorang ahli Sufi yang zuhud.Kalau kita baca kitab-kitab tasawuf,tidak ada seorang pun ahli Sufi yang diceritakan hidup atas kemewahan harta.Betul,Islam tidak menghalang umatnya untuk mencari kekayaan,malah ada dikalangan sahabat Nabi Muahammad saw yang kaya.Tetapi bukan di kalangan ahli Sufi yang zuhud,kerana jalan hidup seorang ahli Sufi adalah meninggalkan semua bentuk yang bersifat keduniaan dan hanya menumpukan kepada ibadat menuju akhirat” tegas salah seorang penduduk yang ditemui di pecan Kuala Besut petang tadi.

Mengikut rekod,perkataan sufi berasal dari Suffah (para sahabat Nabi Muhammad saw yang miskin dan hidup di sekitar masjid Nabawi di Madinah).Ia adalah kata asal dari perkataan Suf/kulit (kambing) sebab ramai dikalangan mereka hanya memakai pakaian yang diperbuat dari kulit kambing. Malah di dalam riwayat juga pun ada yang mengatakan ramai sahabat Nabi Muhammad saw yang menyertai perang Badar,memakai pakaian dari bulu kambing.

Menurut Zainab Besah,53 sebagai pengundi dia mengharapkan calon yang menawarkan diri,untuk memberikan keyakinan kepada rakyat mengenai bentuk hala tuju dan isu yang ingin diperjuangkan dan bukannya berlakon dengan gaya seperti ustaz. 

“Saya bukan berniat untuk menghina,kalau betul pun nak kempen gunakanlah cara yang lain. Bukannya berlagak alim dengan perwatakan seperti ustaz dan ahli agama.Rakyat Kuala Besut kenal sangat dengan Che Long ni.Dia orang kaya,sibuk uruskan perniagaan.Tapi bila jadi calon, terus berubah watak. Patutnya dia jumpa pengundi dan bagi tahu khidmat dan isu yang nak dibawa.Bukan menipu pengundi dengan gaya dan penampilan” tegasnya lagi.
ANDA NAK LIHAT KELUARGA AZLAN TIDAK SUKA AZLAN JADI CALON ???

LIHAT VIDEO DI BAWAH


Tuesday, July 16, 2013

AKIBAT HINA ISLAM TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG

Ikutilah cerita yang pelik di bawah ini yang dilaporkan oleh Terengganutoday.com

Remaja Hina Islam Dibogel, ‘Spender’ Dilarikan Toyota Alphard

Penjaga cybercafe, Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, oleh lapan lelaki dipercayai berbangsa Melayu dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Alphard.
Sumber yang diterima TerengganuToday memberitahu, semasa kejadian, remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya sekitar pukul tiga pagi.

Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak dilarikan dan diapa-apakan.
Barang berharga milik lelaki itu seperti beg duit, telefon bimbit dan rantai emas dikembalikan kepada teman wanita mangsa semasa mangsa dilarikan.


Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu melarikan mangsa ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di Lebuhraya Duke, berhampiran susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel.
Seluar, baju dan pakaian dalam dilarikan Toyota Alphard terbabit.


Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatan remaja Cina itu yang mengaku “MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM DI LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER”


Mangsa juga mengaku telah mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah dan surau orang Islam yang menjadi sasaran parti DAP untuk cetuskan ketegangan kaum dan agama.
Menurut sumber itu lagi, sehingga kini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang menemui mangsa.

Monday, July 15, 2013

PRK KUALA BESUT: [Gambar] Calon BN Disenangi Rakyat

Kalau dilihat ore muda ini memang rapat apabila bergambar.  Bukan disengajakan tetapi beliau memang jelas berjiwa rakyat dan boleh buat kerja tanpa perlu mewakilkan kepada orang lain.

My Blog List

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting