Kalau dilihat ore muda ini memang rapat apabila bergambar. Bukan disengajakan tetapi beliau memang jelas berjiwa rakyat dan boleh buat kerja tanpa perlu mewakilkan kepada orang lain.









4:10 PM
Unknown
Kalau dilihat ore muda ini memang rapat apabila bergambar. Bukan disengajakan tetapi beliau memang jelas berjiwa rakyat dan boleh buat kerja tanpa perlu mewakilkan kepada orang lain.









4:28 PM
Unknown
Lebih ramai lagi muka baharu yang berani memikul tanggungjawab untuk membawa PBB demi memperjuangkan nasib rakyat. Bagi Ketua Ranting yang tidak berdaya untuk bersaing dalam era digital mreka digesa untuk memberi laluan kepada ahli PBB yang layak dan lebih komited untuk menerajui parti.
PRN Sarawak akan dijangka lebih mantap lagi pada 2 tahun yang akan datang, kerana pihak pembangkang akan menggiatkan kempen mereka melalui laman sosial dan media baru.
Sedangkan PM sudah menyeru pemimpin BN untuk mengaktifkan diri mereka dalam laman sosial untuk mendekati golongan belia kerana mereka ini masih ramai yang berada di atas pagar dan harus didekati dan diberi penjelasan yang betul mengenai dasar kerajaan.
Semoga lebih ramai Ketua Ranting PBB yang celik it akan berjuang di laman media sosial seperti facebook dan twitter selepas ini. Ingatlah sentiasa berkorban bersatu!
Berundur jika tidak lagi komited berjuang untuk parti
Posted on May 25, 2013, Saturday
SIMBOLIK: Karim melakukan tepung tawar ke atas Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan suaminya, Salleh Wasli pada Majlis Kesyukuran dan Terima Kasih Kemenangan BN Peringkat Parlimen Kota Samarahan semalam.
ASAJAYA: Ketua-ketua ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang tidak mampu memikul tanggungjawab diminta mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada mereka yang komited berjuang demi kesinambungan parti.
Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Majlis Tertinggi PBB Abdul Karim Rahman Hamzah yang memberitahu, pemilihan baharu ketua-ketua parti peringkat ranting bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya akan dilakukan dalam masa terdekat.
“Selepas Mei ini, kita akan mengadakan pemilihan pemimpin (ketua) parti baharu peringkat ranting dan mereka yang tidak berupaya lagi untuk memimpin parti di ranting-ranting, silalah berundur dan berilah peluang kepada mereka yang bersemangat untuk memimpin parti,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya.
Beliau berkata demikan ketika berucap pada Majlis Kesyukuran dan Terima Kasih Kemenangan Barisan Nasional (BN) Peringkat Parlimen Kota Samarahan anjuran PBB DUN Asajaya di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya 2 di sini semalam.
Karim menegaskan, penggantian mereka yang tidak berupaya memimpin parti di peringkat ranting adalah amat penting dalam memastikan kesinambungan kekuatan PBB.
“Apa yang kita mahu pemimpin parti di peringkat ranting-ranting ini mempunyai semangat yang murni untuk berjuang demi parti, bukannya pemimpin parti yang hanya hidup pada masa tertentu sahaja.
“Kalau kita pilih pemimpin parti yang hanya hidup masa tertentu sahaja tanpa betul-betul mahu berjuang demi parti, saya rasa lebih elok mereka ini mengundurkan diri kerana kita mahu PBB kekal kukuh dan terus bertapak di negeri ini pada masa hadapan,” tegasnya.
Pada majlis itu, Karim yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) dan Menteri Muda Perumahan berkata, kejayaan cemerlang calon BN Rubiah Wang dengan majoriti undi besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama semua pihak yang mahu kawasan itu terus kekal menjadi kubu kuat BN.
“Sepanjang tempoh berkempen yang diadakan selama dua minggu, kita berjaya mengadakan kempen di lebih 100 buah kampung di kawasan Parlimen P.197 Kota Samarahan. Ini dapat dijayakan dengan adanya jentera parti yang kuat,” jelasnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata, isu-isu serta permohonan yang dibangkitkan rakyat di kawasan itu akan dikumpul untuk dijadikan panduan ke arah penambahbaikan perkhidmatan kepada rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.
Beliau memberitahu, ia akan dilaksanakan dengan kerjasama jentera parti di peringkat cawangan dan ranting serta dua wakil rakyat di kawasan itu.
Tambahnya, setiap isu dan permohonan daripada rakyat akan diberi perhatian utama untuk memastikan pembangunan yang berterusan Bahagian Samarahan.
“Kita kini dalam proses untuk mengumpul isu dan permohonan yang dibangkitkan rakyat semasa pilihan raya yang lalu agar tindakan dapat diambil untuk menyelesaikannya,” ujarnya.
12:14 AM
Unknown
Parlimen Kota Samarahan diyakini terus jadi kubu kuat BN
22 April 2013, Isnin
KEKAL BERSATU: Karim (tengah) dan Rubiah merakam kenangan bersama peserta Kem Wanita Solehah di Kota Samarahan semalam.
KOTA SAMARAHAN: Parlimen Kota Samarahan diyakini kekal sebagai lokasi putih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini sekali gus terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Perkara itu ditegaskan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah yang memberitahu bahawa BN di situ tidak mempunyai kesukaran untuk mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya ini.
Tegasnya, meskipun calon baharu BN Rubiah Wang mendapat tentangan daripada calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, beliau yakin kemenangan mutlak kekal bersama BN.
“Daripada apa yang kita perhatian kerusi Parlimen Kota Samarahan kekal menjadi lokasi putih pada pilihan raya ini sekali gus tidak menjadi halangan untuk BN terus berkubu di kawasan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kem Wanita Solehah anjuran Helma Hikmah Kota Samarahan di Dewan Suarah Samarahan di sini semalam.
Namun, Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya menghormati dan memuji keperibadian calon PAS tetapi menyifatkan anak muda dari Spaoh itu tersalah pilih ‘kenderaan’.
“Beliau muda dan mempunyai keperibadian dan akhlak yang baik tetapi ‘kenderaan’ (parti PAS) yang digunanya pada pilihan raya ini tidak boleh menjamin kesinambungan pembangunan yang kita telah bawa di negeri ini,” jelasnya.
Karim yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) berharap golongan wanita turut memainkan peranan mereka dalam bersama-sama memajukan dan membangunkan negara.
“Peranan wanita amat penting dalam pembangunan dan kemajuan negara, sebab itulah calon kita pada pilihan raya ini adalah seorang wanita dan anak jati Samarahan,” tambahnya.
Selain itu, beliau menggesa para pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sebaik-baiknya semasa hari mengundi nanti iaitu pada 5 Mei depan bagi menentukan masa depan negara.
“Undi adalah hak masing-masing dan gunakan hak itu sebaik-baiknya agar kita tidak tersalah pilih yang boleh membawa kehancuran kepada negara,” tegasnya.
Sementera itu, Rubiah ketika berucap berkata, beliau memohon rakyat di Kota Samarahan terus berdiri di belakang kerajaan yang ada sekarang bagi meneruskan agenda pembangunan rakyat yang lebih mapan.
“Justeru, saya memohon para pengundi terutama golongan wanita di sini bersama-sama dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya pada pilihan raya ini,” ujarnya.
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
SUARASAMARAHAN tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

