Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Pembangkang belum tetap agihan kerusi



Petaling Jaya: Isu pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang masih belum selesai walaupun beberapa siri perbincangan sudah dibuat dan sepatutnya dimuktamadkan petang semalam.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata masih ada kira-kira dua peratus soal pemilihan calon dan pembahagian kawasan belum dimuktamadkan.

Ini membuktikan bahawa para pembangkang terlalu berhati – hati dan juga membuktikan bahawa mereka kurang yakin untuk menawan Putrajaya pada Pru13 akan datang. Selain itu juga PR sekarang ini masih membuat percaturan untuk meletakkan ahli mereka bagi mengelak pertembungan sesama para pembangkang, walhal hakikatnya mereka berebut untuk meletakkan ahli mereka di kerusi Tawau dan Penampang . – rujukkan berita harian 9 April. 2013

Papa Gomo mahu tanding lawan Anwar

Kuala Lumpur: Penulis blog, Papa Gomo akan bertanding sebagai calon bebas menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Presiden Pertubuhan Media Nadi Rakyat Malaysia, Mohamad Rafi Awang Kechik, bagi pihak Papa Gomo mengambil borang penamaan calon di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Rafi berkata, penulis blog terbabit akan mendapat sokongan penuh lebih 7,000 penyokong badan bukan kerajaan (NGO) itu selain menyatakan sudah mempunyai penyokong dan pencadang menjelang proses penamaan calon nanti.

Katanya, Papa Gomo akan tetap berdepan Anwar di mana saja Ketua Umum PKR itu bertanding sama ada di Permatang Pauh atau kawasan lain.
Katanya, identiti sebenar individu yang dikenali sebagai Papa Gomo akan didedahkan pada hari penamaan calon nanti.
Blog Papa Gomo sering mendedahkan dakwaan salah laku pemimpin pembangkang itu.

P/s: Harap papa Gomo tidak menyebabkan undi untuk Parti Barisan atau UMNO terganggu, kalau Papa Gomo menang cepat – cepat le join Barisan agar menambah kerusi Barisan menjadi 2/3.

Maruah tak patut digadai

 

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak berkata maruah dan penghormatan adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit biarpun ada pihak memberikan pelbagai janji.
Perdana Menteri berkata, walaupun seseorang itu kehilangan segala-galanya tetapi masyarakat akan tetap menghormatinya kerana wujud prinsip kesetiaan. 

“Maruah dan penghormatan tidak boleh dibeli biarpun ada orang janji macam-macam, penghormatan manusia kepada kita tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, sebab itu dalam perjuangan kita mesti ada nilai prinsip, maruah diri mesti kita jaga. 

P/s : Berita penuh boleh didapati daripada surat khabar berita harian 9.April. 2013

My Blog List

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting