Saturday, July 13, 2013

PRK Kuala Besut: Calon PAS DIRAGUI KESETIAANNYA

Menurut theunspinners, calon PAS PRK Kuala Besut disuruh mengangkat sumpah ba’aih dikhalayak ramai?  Sila rujuk di sini

Sebelum ini kita tidak memahami kenapa sumpah ini perlu dilakukan?  Rupa-rupanya calon PAS ini ada kes?  Menurut Idris Jusoh, Che Long nama glamer calon PAS PRK Kuala Besut pernah menjadi AJK UMNO tetapi telah dipecat.

Che Long lebih cenderung kepada parti lain, begitulah ulasan Idris Jusoh kerana tidak mahu mencemar nama baik calon PAS di bulan puasa ini.

Apabila telah dipecat parti, patutlah Che Long agak kecewa dan sanggup menaja apa juga kempen untuk menjatuhkan UMNO?  Mungkin ini kalilah dia sendiri turun padang demi memastikan UMNO tidak akan menang?

Idris Jusoh : Calon PAS Pernah Dipecat UMNO

by AIDC on Jul 12th, 2013 ·

AIDCNews – 12/07/13 – Ketua UMNO Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh berkata calon Pas, Azlan @ Endut Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO namun dipecat oleh parti.

Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.

“Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa, ” katanya dilaporkan Antarapos hari ini.

Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua itu menyifatkan calon yang dikemukakan BN, Tengku Zaihan Che Ku Rahman lebih menyerlah berbanding PAS.

Katanya tiga faktor utama kekuatan calon BN iaitu profesionalisma, latar belakang keluarga (anak ustaz) dan calon muda.

Namun kelebihan calon itu tidak menggambarkan BN akan berada di zon selesa, dan katanya jentera parti akan bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi.

“Kita yakin, tapi kita tidak akan terlalu selesa. Kita akan bekerja kuat, kita yang di atas, jentera-jentera pun, kita tidak akan selesa.

“Saya akan pastikan kita bekerja sekuat mungkin, kita bukan sahaja nak menang, tapi kita nak menang dengan majoriti bertambah,” jelas beliau

Friday, July 12, 2013

PRK KUALA BESUT: [VIDEO] CALON PAS CHE LONG

Apabila calon pangkat 3 SPM dinaikkan menjadi calon PAS PRK Kuala Besut, inilah gelagat apabila ditemuramah?  Pasti anda tidak kering gusi apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut beliau….

Video:Azam Calon Pas Sekiranya Beliau Menang Di Kuala Besut

Belum menang lagi dia dah pasang niat apa yang dia nak lakukan sekiranya dia menang. Dia nak serah kepada orang lain untuk jalankan tugas wakil rakyatnya. Dia sibuk dengan urusan perniagaannya.

 

Wednesday, July 10, 2013

PAS Pilih Taukeh Kaya Sebagai Calon PRK Kuala Besut?

Sebelum ini terdapat ura-ura yang menyatakan Ustaz Azhar akan diturunkan di PRK Kuala Besut?  Apabila keputusan diumumkan semalam, nama Che Long pula mengatasi nama Ustaz Azhar untuk mewakili PAS.  Adakah ini bermakna PAS telah mengiktiraf bahawa Che Long lebih kaya daripada Ustaz Azhar dan mampu menanggung semua perbelanjaan di PRK Kuala Besut kelak?

Menurut Haramkah

“Ini adalah pertama kali beliau menjadi calon PAS walaupun selama ini beliau adalah penyumbang kewangan utama untuk PAS.”

Adakah ini bermakna hanya Che Long sahaja yang akan mengeluarkan dana untuk berkempen?  Patutlah Nik Zawawi mahupun Napisah tidak mampu bertanding lagi untuk PRK ini.  Adakah mereka ini kekurangan dana?  Beginikah perjuangan PAS dalam memilih calon selepas ini?  Siapa penyumbang dana maka dialah calon paling layak?

image

Taukeh Kaya Calon PAS DUN Kuala Besut ?

by AIDC on Jul 9th, 2013 ·

AIDCNews – 09/07/13 – Seorang kontrektor yang lebih dikenali sebagai Che Long disebut-sebut sebagai calon pilihan pertama Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Che Long atau nama sebenarnya, Enduk @ Azlan Jusoh merupakan Bendahari Pas Besut juga dikenali sebagai taukeh kaya di kawasan itu.

Selain itu, nama seorang lagi taukeh, Zakaria Harun juga turut disebut-sebut.

Zakaria merupakan seorang taukeh ikan di Kuala Besut.

Nama Nik Muhammad Zawawi Salleh juga turut disebut, namun nama beliau dimasukkan dalam pilihan terakhir kerana telah dua penggal beliau bertanding dan tewas di DUN itu.

Nik Zawawi pernah memenangi DUN Kuala Besut pada PRU 1999, namun, selepas itu, beliau telah tewas kepada calon BN, Abdullah Che Muda pada PRU 2004 dan Dr A. Rahman Mokhtar pada PRU 2008.

Pilihanraya Kecil Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu, akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Pada PRU ke-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon Pas, Napisah Ismail

My Blog List

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting